fbpx

[VIDEO] ‘Kontrak bersama label ditamatkan satu hikmah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKA percaya penamatan kontrak dengan label Warner Music terkandung 1,000 hikmah buat kerjaya seninya sebagai seorang pemuzik. - AMIR KHALID

BANGI – Penyanyi Kaka Azraff menyifatkan penamatkan kontrak bersama syarikat rakaman Warner Music Malaysia pada 31 Disember tahun lalu ada satu hikmah buat dirinya.

Selepas 12 tahun bergelar penyanyi, Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Azraff, 35, kini lebih selesa dan yakin untuk menguruskan kerjaya seninya sendiri.

Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Bawaku Pergi itu merancang untuk menerbitkan lagu dan album pada tahun ini.

“Saya mahu keluarkan lebih banyak lagu dan mahu ada album. Sepanjang dengan label saya sepatutnya sudah ada album tetapi sampai sekarang belum ada.

“Mungkin dengan cara menguruskan kerjaya sendiri saya boleh tunaikan impian saya,” kata Kaka.

Meskipun penamatan kontraknya cukup kontoversi, Kaka bagaimanapun melihat perkara tersebut daripada sudut positif.

Bahkan hubungannya dengan label terdahulu juga berada dalam keadaan baik dan dia bebas untuk menyanyikan lagu-lagu yang diterbitkan sebelum ini.

“Rupanya selepas saya keluar dari label banyak ruang dan peluang yang boleh saya jadikan aset saya sendiri.

“Jadi perkara ini (penamatan kontrak) adalah sesuatu yang positif dan baik untuk saya. Selepas ini saya boleh rancang perjalanan kerjaya daripada segi sudut yang lebih luas.

“Soal hak cipta lagu juga tiada masalah, saya boleh menyanyikan lagu-lagu sebelum ini, selepas apa yang berlaku barulah saya tahu kuasa veto hak penciptaan lagu bukannya terletak pada label sebaliknya komposer dan penulis lirik,” kongsinya.

Kaka ditemui pada program Bual Bicara, Menangani Krisis Membina Reputasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Sementara itu, Kaka juga tidak serik untuk bernaung dibawah mana-mana label selepas ini, namun akan lebih berhati-hati tentang kandungan kontrak

“Banyak yang saya pelajari daripada apa yang berlaku. Jika dahulu saya hanya fikir muzik sahaja, tidak ambil tahu tentang bab pengurusan dan kontrak, sekarang baru sedar perkara-perkara tersebut sangat penting” ujar Kaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI