fbpx

Serie A: Jose Mourinho dipecat AS Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jose Mourinho pernah membantu AS Roma menjulang trofi Liga Konferensi Eropah pada tahun 2022.

ROM – Kelab AS Roma mengambil keputusan untuk pecat ketua jurulatih, Jose Mourinho berkuat kuasa serta-merta selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten pada kempen Serie A musim ini.

Sebagai rekod, Roma hanya mampu meraih kedudukan ke-9 liga selepas mengharungi 20 perlawanan dengan mengutip 29 mata.

Pemilik bersama kelab, Dan dan Ryan Friedkin dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Mourinho atas sumbangan yang diberikan sejak mengendalikan pasukan pada 2021.

“Kami ucapkan terima kasih kepada Mourinho yang cukup komited sejak bersama pasukan kami. Namun, kami percaya keputusan ini dibuat demi kebaikan serta masa depan kelab.

“Selamat maju jaya diucapkan kepada Mourinho dan barisan kejurulatihan yang lain,” kata kenyataan tersebut.

Sepanjang hampir tiga tahun bersama Roma, Mourinho telah membantu kelab menjulang trofi Liga Konferensi Eropah pada 2022 dan bergelar finalis Liga Europa pada tahun lalu.

Difahamkan, Roma bakal melantik bekas pemain legenda pasukan, Daniele De Rossi sebagai pengendali interim dalam masa terdekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI