fbpx

Saya India, tapi saya orang Malaysia – Ramanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bukit Damansara di sini hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seharusnya menjadi seorang negarawan dan tidak patut mencetuskan sebarang isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan isu perkauman.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ramanan Ramakrishnan, isu kesetiaan bangsa lain tidak patut dibangkitkan kerana semua orang yang lahir di negara ini adalah rakyat Malaysia.

“Saya India, tetapi saya orang Malaysia. Saya lahir di sini. Jiran saya semua orang Malaysia.

“Kalau Tun M cakap kita tidak sayang kepada negara, tanya pada askar atau polis yang berkorban nyawa untuk negara. Tetapi semua (pengorbanan) ini tidak cukup untuk Tun M.

“Kalau cakap tentang kesetiaan, Tun M sendiri tidak pernah pergi berperang. Saya tidak faham apa lagi (bukti) yang Tun M inginkan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di ibu pejabat SKM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri tersebut yang mendakwa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Pandangan itu disuarakan beliau dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, kesetiaan bekas Perdana Menteri itu sendiri boleh dipersoalkan memandangkan Dr. Mahathir sendiri mempunyai pendirian yang tidak tetap dan sering bertukar parti.

“Dia (Tun M) sendiri pun pendirian tidak tetap. Kalau kita lihat dari segi politik, satu hari dia ada pendirian A, kemudian B, kemudian C.

“Parti pun tak boleh kekal satu parti. Saya lupa Tun M parti mana. Saya pun keliru,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI