fbpx

Piala Asia: Indonesia akur bermula langkah kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Indonesia, Jordi Amat (kanan) cuba menyekat pergerakan penjaring gol pertama Iraq, Mohanad Ali Kadhim (kiri) pada aksi Kumpulan D Piala Asia di Stadium Ahmad Bin Ali, sebentar tadi. - AFC

 

KUALA LUMPUR – Hasrat Indonesia cipta kejutan pada aksi pertama Kumpulan D Piala Asia tidak tercapai apabila tunduk 1-3 kepada Iraq di Stadium Ahmad Bin Ali, sebentar tadi.

Iraq yang juga juara 2007 seakan terlalu sukar untuk digugat dan wakil Asia Tengah itu jelas lebih berpengalaman untuk memastikan permulaan positif pada penyertaan kali ini.

Walaupun percubaan Indonesia memiliki satu percubaan menarik yang terkena tiang di awal permainan, Iraq jelas lebih berhak untuk berada yang memperoleh gol pembukaan menerusi Mohanad Ali Kadhim pada minit ke-17.

Selang 20 minit selepas itu, kedudukan kembali seimbang apabila Marselino Ferdinan tenang melakukan sentuhan akhir untuk menyempurnakan umpanan Yakob Sayuri dan jaringan itu menyaksikan Indonesia makin selesa setiap kali memperoleh peluang untuk mengatur serangan.

Bagaimanapun, ketika aksi hampir berakhir 1-1, Osama Rashid mengesahkan babak pertama menjadi milik Iraq apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan.

Lima minit selepas akhir bersambung, gawang Indonesia bocor buat kali ketiga namun bernasib baik apabila jaringan Amir Al-Ammari dibatalkan kerana dikesan offside.

Permainan Indonesia di babak kedua bertambah baik apabila dilihat mampu memberikan tekanan kepada pertahanan lawan namun kualiti penyudah sekali lagi berpihak kepada Iraq yang memperoleh gol ketiga menerusi Aymen Hussein pada minit ke-75.

Jumaat ini Indonesia akan bertemu jaguh Asia Tenggara, Vietnam manakala Iraq akan menentang Jepun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI