fbpx

Penternak terkejut lembu dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Perhilitan memeriksa bangkai lembu yang ditemui mati dipercayai diserang harimau belang di Kampung Pahit Dalam, Gerik semalam.

GERIK – Seorang penternak lembu terkejut apabila mendapati dua haiwan ternakannya mati dipercayai dibaham harimau belang dalam kejadian di Kampung Pahit Dalam di sini semalam.

Mohd. Shahrul Azhar Mat Zali, 39, berkata, kejadian itu disedari ketika dia tiba di kandang untuk memberi makan kepada 28 ekor lembu ternakan sekitar pukul 10 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia mendapati dua ekor lembu miliknya telah mati dan terdapat kesan gigitan pada tengkuk haiwan berkenaan.

“Pada awalnya, saya sangkakan lembu itu mati akibat dipatuk ular, tapi apabila melihat kesan kecederaan di bahagian tengkuk, saya percaya ia disebabkan serangan binatang buas.

“Saya cuba periksa kawasan sekitar jika terjumpa kesan tapak kaki binatang dan menemuinya kira-kira 500 meter dari lokasi dua bangkai anak lembu itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kejadian haiwan ternakan dibaham harimau pertama kali dialami sejak dia mengusahakan penternakan lembu di kawasan tersebut lima tahun lalu.

Katanya, dia bagaimanapun pernah menemui kesan tapak kaki haiwan itu empat bulan lalu dan aduan disalurkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut.

“Kawasan ini memang laluan harimau dan saya pun tidak kisah sangat sebab haiwan itu tidak mengganggu, malah sekitar kandang juga dipasang pagar elektrik.

“Lembu ternakan saya pun bukannya dibiarkan berkeliaran kerana saya ada pekerja yang menjaganya. Namun bila berlaku kejadian seperti ini, saya mulai bimbang dengan keselamatan lembu lain,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima aduan berkaitan lembu mati dibaham harimau belang dan pemantauan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI