fbpx

‘Pengadu orang tempatan, patut tahu harga makanan di Pantai Chenang tinggi sedikit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan harga menu ayam goreng kunyit di sebuah kedai di Pantai Chenang, Langkawi baru-baru ini.

LANGKAWI – Pemilik restoran di Pantai Chenang, di sini yang menjual satu hidangan ayam goreng kunyit berharga RM20 memaklumkan bahawa dia telah mempamerkan harga makanan tersebut dalam buku menu yang diberikan kepada pelanggan.

Zulfan Bustami, 43, memberitahu, dia tiada di restoran semasa kejadian, namun pekerjanya memberitahu telah memberikan buku menu kepada pelanggan wanita terbabit yang dipercayai orang tempatan.

“Pelanggan tersebut adalah orang tempatan dan sepatutnya dia sudah mengetahui harga makanan di sekitar Pantai Chenang berbeza dengan kawasan lain di Langkawi.

“Harga ini disebabkan kadar sewa kedai di sini adalah lebih tinggi berbanding tempat lain,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pelanggan terbabit datang ke restoran pada Sabtu lalu dan gambar kedainya yang ditularkan tersebut diambil pada Ahad.

Ujarnya, saiz hidangan ayam goreng kunyit tersebut sesuai dimakan untuk dua orang dan menggunakan 160 gram (g) isi ayam, lobak merah, kacang panjang dan bawang Holland.

Menurutnya lagi, dia juga cuba untuk menghubungi pelanggan tersebut melalui laman Facebook, tetapi pelanggan tersebut mengelak untuk bertemu.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberikan tempoh dua hari kepada pemilik restoran di Pantai Chenang, Langkawi untuk memperincikan nilai atau kos bagi menu ayam goreng kunyit yang didakwa dijual pada harga RM20 sepinggan.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, pihaknya telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap peniaga terbabit susulan hantaran yang dibuat seorang pelanggan di media sosial.

Terdahulu, seorang pelanggan yang mengunjungi premis berkenaan melahirkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj RM20 untuk hidangan sepinggan ayam goreng kunyit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI