fbpx

Orang kedekut jauh dari Allah, dekat dengan neraka – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Individu yang mempunyai sifat kedekut terutamanya dalam membantu ahli keluarga sendiri akan dimurkai Allah dan mereka jauh dari syurga.

Malah menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, sifat kedekut itu juga akan mendekatkan diri seseorang itu kepada neraka.

Jelasnya, masyarakat kita ketika ini ramai yang kedekut dan sayang harta untuk membantu orang lain terutamanya keluarga sendiri.

“Ramai orang kedekut, saya harta, dengan adik beradik berkira, dengan cucu berkira. Sebagai contohnya tokki (datuk) ini ada kedai runcit, cucu mari kedai nak beli biskut, tapi tokki timbang, kedekutnya. Cucu mu (kamu) bui (bagi) dengan tinlah buat apa timbang.

“Adik-beradik nak pinjam motosikal tak bagi, nak pinjam kereta tak bagi, ramai orang perangai seperti itu ketika ini,” katanya pada sesi soal jawab sebelum ini.

Mengulas lanjut Azhar berkata, walaupun kita mempunyai pendapatan ribuan ringgit, tetapi tidak berguna sekiranya ada ahli keluarga yang susah tidak dibantu.

“Sebagai contoh kita ada pendapatan RM4,000 sebulan. Anak beranak kita susah, ada papa kedana. Mengapa kita tak bantu contohnya bagi RM50 sebulan.

“Jangan nak senang kita seorang sahaja, jangan kedekut dengan adik beradik atau ahli keluarga,” tegasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI