fbpx

MSM Johor tambah baik kilang perkukuh eksport gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pekerja memeriksa pek-pek gula yang telah siap di kilang gula MSM, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – MSM Sugar Refinery Sdn Bhd (MSM Johor), anak syarikat MSM Malaysia Holdings Berhad menyasarkan untuk mencapai faktor penggunaan (UF) daripada 27 peratus pada 2023 kepada 50 peratus pada tahun ini, dalam usaha untuk memperkukuhkan pasaran eksport gula syarikat itu.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MSM, Hasni Ahmad berkata, MSM Johor telah menyelesaikan kerja-kerja penukaran dandang kedua bagi ketersediaan kilang penapisan yang mampan pada Mei tahun lalu.

Beliau berkata, program penambahbaikan ini dirancang bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran UF, tetapi juga sejajar dengan visi MSM Johor untuk menjadi pusat penapisan gula bertaraf dunia.

“MSM Johor kini berada dalam fasa awal perolehan dandang ketiga dan ingin mengembangkan eksport dengan pasaran lebih daripada lima juta tan setahun di Asia Pasifik, berbanding empat juta tan pada masa ini.

“Vietnam, Kepulauan Pasifik, Singapura, Korea dan Pakistan menjadi antara destinasi eksport teratas di mana MSM Johor mempunyai kelebihan geostrategik dalam rantaian bekalan runcit dan industri,” katanya semasa lawatan media ke kemudahan pengeluaran MSM Johor di sini, hari ini.

HASNI.

Hasni berkata, MSM Johor kini mencatatkan pencapaian harian tertinggi sebanyak 1,039 tan iaitu 34.6 peratus UF pada Oktober 2023 diikuti oleh 1,308 tan (43.6) peratus UF pada November 2023.

Matlamat ini adalah untuk menjadikan leburan tertinggi sebagai kadar lebur purata sepanjang bulan supaya kilang penapisan menjadi lebih dipercayai dan dioptimumkan.

“MSM Johor akan mencapai titik pulang modal pada 40 peratus purata UF dan dijangka meningkat kepada 50 peratus untuk tahun ini,” katanya.

Beliau menambah, MSM akan terus membangunkan asas yang kukuh dan terus mengubah model perniagaan untuk meningkatkan kecekapan, kapasiti dan kemampanan.

Sementara itu, Hasni berkata MSM Johor merancang untuk meningkatkan eksport ke Singapura bermula suku pertama dan kedua pada 2025. “Ini kerana harga di Singapura adalah lebih tinggi berbanding Malaysia dan kualiti yang yang lebih bagus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI