fbpx

Lelaki saman 27 wanita tulis ‘review’ buruk selepas ‘dating’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
D’Ambrosio menyaman 27 wanita tersebut yang didakwa membuat kenyataan palsu dan fitnah tentang pengalaman mereka keluar bertemu janji dengannya. – Mahkamah Daerah Utara Illinois

CHICAGO, ILLINOIS – Seorang lelaki di Chicago, negeri Illinois menyaman berpuluh-puluh wanita sebanyak AS$75 juta (RM351 juta) kerana mendakwa mereka menulis ulasan negatif tentang dirinya dalam kumpulan sembang Facebook, lapor laman berita Fox News semalam.

Nikko D’Ambrosio, 32, berkata, gambar dan namanya dikongsikan dalam laman ‘Are We Dating The Same Guy’. Ia merupakan kumpulan sembang komuniti wanita yang dikatakan menyebarkan kesedaran mengenai lelaki yang perlu dihindari. 

“Defendan menyiarkan pembohongan keterlaluan, kejam dan berniat jahat tentang plaintif dan mengetahui apa yang ditulis sama ada palsu atau melulu,” demikian menurut saman tersebut.

Dalam samannya, D’Ambrosio berkata, 27 wanita berkenaan membuat kenyataan palsu dan bersifat fitnah tentang pengalaman mereka keluar temu janji bersamanya.

Plaintif juga mendakwa bahawa hantaran-hantaran tersebut mengundang penghinaan peribadi, penderitaan dan penderitaan mental, tekanan emosi, kebimbangan serta hilang pendapatan.

Sebagai tambahan, seorang lelaki lain dan syarikat induk Facebook, Meta turut dinamakan dalam tuntutan saman itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI