fbpx

Kutipan zakat PPZ-MAIWP cecah RM1 bilion tahun lalu – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im menunjukkan jumlah kutipan zakat 2023 di Wilayah Persekutuan di Hotel Doorset, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip keseluruhan zakat lebih RM1 bilion sepanjang tahun lalu.

Kutipan itu mencapai sasaran ditetapkan dan kali pertama mencecah angka RM1 bilion berbanding RM937,036,444.09 yang dikutip pada tahun 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, secara keseluruhan, MAIWP mengutip RM1,035,822,412.22 iaitu peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, jumlah zakat pendapatan yang dikutip pada tahun lalu menyumbang kutipan tertinggi iaitu sebanyak 68 peratus atau RM702 juta.

“Ia diikuti zakat perniagaan sebanyak 16 peratus atau RM165 juta manakala bakinya terdiri daripada zakat wang simpanan, zakat harta, fitrah, qadha dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar prestasi dan kutipan zakat PPZ-MAIWP 2023 di sini, hari ini.

Katanya, jumlah kutipan zakat itu diperolehi daripada 1,851,852 pembayar zakat bagi tiga wilayah persekutuan itu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI