fbpx

Krisis Laut Merah: Tidak jejas import makanan negara – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika sidang akhbar selepas Majlis Amanat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Warga KPKM Tahun 2024 di Wisma Tani, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Krisis yang berlaku di laluan Laut Merah tidak memberi kesan besar atau menjejaskan import sektor makanan negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Jelas beliau, ia berikutan tidak banyak bekalan makanan negara diimport menerusi laluan tersebut kerana kebanyakannya digunakan bagi aktiviti perdagangan minyak.

“Saya agak kesan besar kurang menjejaskan kerana ia berlaku dalam laluan ekonomi di sebelah situ. Tapi kalau laluan itu terganggu seperti bekalan minyak dan sebagainya, ia akan beri kesan kepada ekonomi dunia.

“(Ini kerana) kawasan (laluan) itu kita tak banyak import produk pertanian, lain lah kalau (konflik yang berlaku) di Ukraine-Russia dahulu (babitkan) seperti gandum dan jagung.

“Kawasan (Laut Merah) itu (aktiviti) minyak lah dan kita akan lihat kesannya itu mungkin dalam beberapa minggu akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baru Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Tahun 2024 di sini hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya sama ada krisis yang berlaku di Laut Merah akan memberi impak terhadap import produk pertanian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI