fbpx

‘Kegilaan apa ini, sanggup bakar rumah Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Surau Ar Nur Parit Bangas, Sri Medan, Batu Pahat selepas kejadian kebakaran kira-kira pukul 10 malam tadi. (Gambar kecil: Mohd. Fared)

BATU PAHAT – Penduduk di Sri Medan di daerah ini dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan masjid dan surau pada malam kelmarin dan malam tadi.

Susulan kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihak kerajaan negeri kesal dengan tindakan itu sekiranya perbuatan itu dilakukan angkara khianat.

Ujarnya, jika kedua-dua kejadian ini adalah perbuatan khianat, pihaknya berharap orang yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal atas perbuatannya.

“Malam semalam (kelmarin) di Masjid Kampung Parit Simis dan malam tadi (semalam) di Surau Kampung Parit Bangas yang mana kedua-duanya di Sri Medan.

“Kegilaan apa ini sanggup bakar rumah Allah. Sekiranya kebakaran melibatkan isu pendawaian elektrik, saya akan pastikan semua masjid dan surau seluruh negeri Johor dibuat pemeriksaan segera supaya sebarang kejadian buruk akibat masalah pendawaian elektrik yang mungkin sudah terlalu lama segera dibaik pulih,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Fared lagi, Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) akan membantu kewangan untuk membaiki kerosakan pada kedua-dua masjid dan surau itu.

Beliau turut mengarahkan agar ahli jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri ini agar membuat pemantauan dan meningkatkan tahap keselamatan agar kejadian sama tidak lagi berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI