fbpx

Kanak-kanak perempuan 4 tahun cipta rekod dunia tiba di kem Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA (kanan) ialah pendaki termuda tiba di kem induk Gunung Everest awal bulan ini. - Foto @sasha.jede

KATHMANDU – Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang pernah dibesarkan di Malaysia, menjadi pendaki paling muda tiba di kem utama Gunung Everest, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.

Bersama bapa dan abang lelakinya yang berumur tujuh tahun, budak perempuan bernama Zara itu mendaki hingga ke Base Camp pada ketinggian 5,363 meter, manakala ketinggian Everest ialah 8,848 meter.

Gambar menunjukkan pendaki muda berasal dari Republik Czech itu berjalan kaki bersama abangnya, berlatarbelakangkan pemandangan yang menakjubkan.

Akaun Instagram di bawah nama abangnya mengesahkan kejayaan Zara pada 7 Januari lalu.

Bapanya, David Sifra berkata: “Tiada masalah semasa perjalanan atau menyesuaikan diri dengan iklim. Terima kasih kepada keadaan fizikalnya (Zara) yang sangat baik, dia mampu bersaing dengan beratus-ratus pendaki lain.

“Bagaimana mungkin seorang gadis berusia empat tahun secara fizikal dan mental melakukan pencapaian ini?”

Sifra menekankan bahawa didikan luar biasa Zara di Malaysia membantunya berlatih untuk berkembang maju dalam pendakian yang mencabar dan akhirnya berjaya memecahkan rekod dunia.

Zara mengatasi rekod dunia pendaki termuda pernah tiba di Base Camp, dipegang oleh Prisha Lokesh Nikajoo. Prisha berusia lima tahun ketika melakukan pendakian pada 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI