PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri pagi ini.
Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk tersebut diramal berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Selain itu, cuaca buruk juga diramal di Johor (Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya dalam hantaran sama.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE