fbpx

Feri Pulau Pinang beroperasi secara percuma 24 Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan beroperasi secara percuma pada perayaan Thaipusam, 25 Januari ini.

SEBERANG PERAI – Penduduk Pulau Pinang berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan feri secara percuma selama 50 jam menjelang perayaan Thaipusam pada 25 Januari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan feri percuma itu akan bermula seawal pukul 12.01 tengah malam pada 24 Januari dan berakhir kira-kira pukul 2 pagi pada 26 Januari.

“Untuk pengetahuan juga, perkhidmatan feri ini akan beroperasi selama 24 jam buat kali pertama dan ia diharap dapat memudahkan pergerakan penganut agama Hindu khususnya serta mereka yang ingin ke pulau tanpa perlu menaiki kereta.

“Selain perkhidmatan feri, khidmat bas pengantara juga akan disediakan secara percuma sepanjang tempoh berkenaan dengan destinasi akhir (bas) ialah di Waterfall Temple di sana,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, tujuan perkhidmatan tersebut diberikan secara percuma ialah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam khususnya sempena musim perayaan.

“Dalam setahun itu memang ada beberapa hari kita akan bagi perkhidmatan ini (feri) secara percuma.

“Dalam hal ini, kita akan jadikan ini (perkhidmatan feri percuma sempena Thaipusam) sebagai percubaan dan sekiranya ia berjaya, kita akan gunakan pendekatan yang sama untuk perayaan-perayaan lain selepas ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Anthony berkata, projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Semalam kita telah bermesyuarat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai projek ini.

“Beliau juga telah arahkan MOT (Kementerian Pengangkutan) untuk menyediakan memorandum jemaah menteri untuk dibawa ke Kabinet untuk diluluskan dari segi pelaksanaannya,” kata beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI