fbpx

EPL: Pemain Manchester United lembik – Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND berjaya membuka tirai jaringan buat United ketika mereka terikat menentang Spurs di Old Trafford awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag melabelkan anak-anak buahnya sebagai ‘lembik’ selepas mencatat keputusan seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, United dua kali berada di depan menerusi gol Rasmus Hojlund dan Marcus Rashford, namun Spurs juga tidak mudah mengalah apabila bangkit hasil jaringan Richarlison dan Rodrigo Bentancur.

Ten Hag berkata, barisan pemain United seolah-olah gagal bersaing apabila bergelut ketika situasi bola mati, terutamanya menerusi sepakan penjuru sehingga membolehkan Spurs ‘membuli’ mereka di depan gawang sendiri.

“Kita dapat menyaksikan kedua-dua pasukan berjuang mati-matian untuk mendapatkan kemenangan. Saya juga menganggap kami sepatutnya menjadi lebih berani ketika dalam berdepan sepakan penjuru lawan.

“Kami perlu lebih matang dan pamerkan kekuatan fizikal untuk menanduk bola keluar dari kawasan bahaya. Kedua-dua gol yang kami lepaskan adalah berpunca daripada kelemahan sendiri yang sepatutnya dielakkan,” katanya.

Pada masa sama, jurulatih dari Belanda itu seolah-olah menyindir pengadil perlawanan yang tidak merujuk Video Bantuan Pengadil (VAR) ketika Destiny Udogie melakukan kekasaran terhadap Alejandro Garnacho pada minit ke-32.

“Saya sudah biasa berdepan dengan situasi di mana pengadil tidak merujuk VAR. Saya boleh senaraikan beberapa kesalahan dilakukan Spurs termasuk bola terkena tangan (Cristian) Romero,” ujar Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI