fbpx

Dia buat-buat gila – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJU berkata, sifatnya yang tampak lantang tetap membuatkannya senang terpedaya dengan orang terdekat.

PETALING JAYA – Serik terlalu berlembut sehingga kerap dikhianati membuatkan pelakon Zarina Anjoulie enggan lagi mudah menghulurkan bantuan bagi mengelakkan insiden menyakitkan berulang kembali.

Pemilik nama lengkap Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 36 itu berkata, sifatnya yang tampak lantang tetap membuatkannya senang terpedaya tipu daya orang-orang terdekat.

“Aku ni nampak ‘loud’ tapi aku senang kena tipu, orang ambil kesempatan, aku cepat lembut hati. Aku tahu ada kawan-kawan yang ambil kesempatan tapi sebab kasihan, aku biar,” dedahnya dalam siaran langsung Instagram.

Selebriti sensasi yang mesra disapa Anju itu nekad mahu lebih tegas bersempena kehadiran tahun baharu apatah lagi selepas dibohongi rakan baik.

Katanya, teman yang menjadi tempat meluahkan perasaan serta kawan sebantal hampir sedekad kini jadi duri dalam daging yang menyusahkan hidupnya.

“Tahun ini aku akan berubah, bertahun-tahun aku kawan dengan kawan perempuan, berkawan lapan tahun tapi dalam tempoh itu dia kutuk dan tikam belakang.

“Spesis wanita macam ni dia busuk hati, dengki dan ‘insecure’. Kawan 10 tahun, tidur sekatil, lepak hari-hari tapi dia tetap kutuk dan letak pisau belakang kau,” ujarnya.

Ibu tunggal kepada seorang anak itu turut menyatakan lebih baik menolong insan memerlukan berbanding sahabat yang hanya pandai memburukkan dirinya.

“Aku pasti semua pun pernah kena. Inilah masalah perempuan. Tahun ini aku nak kurangkan empati.

“Daripada sibuk tolong orang begini , banyak lagi rumah anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) yang aku boleh tolong,” tambahnya.

Pada masa sama, Anju menyatakan segelintir individu hanya tahu mengambil kesempatan terhadapnya kebaikan insan lain tanpa berusaha untuk mengubah diri.

Pelakon drama Anak Pontianak itu mendakwa sesetengah orang juga sanggup berbuat sesuatu di luar kebiasaan sebagai cara untuk menagih simpati atau perhatian.

“Sesetengah orang dia buat-buat gila, dia tak nak pun kena tolong, sekadar saja nak ambil kesempatan. Adakah berbaloi kita tolong orang tapi diri kita sendiri jatuh kena heret?

“Kau boleh bagi segunung berlian, tapi kalau orang tak nak diselamatkan, dia tetap tak nak lepas itu nama kau busuk dan kau juga jahat,” ulasnya.

Menurut Anju lagi, dia pernah membantu seorang pelakon tetapi akhirnya berdepan fitnah yang sengaja dicetuskan individu terbabit bagi memburukkan namanya.

“Mana kau tahu aku tak tolong tapi kalau dah sampai tahap diri sendiri lingkup, masih nak tolong?

“Kalau kau ambil berat sangat pasal dia pergilah tolong jangan cakap sahaja. Masa aku cakap aku nak tolong dia, aku tolong.

“Ada satu malam dia telefon aku, aku pergi tengok dia dari Nilai naik Grab sebab kesiankan kawan aku. Siapa pengikut lama aku dia tahulah,” ulasnya.

Biarpun tidak mendedahkan individu dimaksudkan, rata-rata yang mengikuti siaran langsung tersebut meneka artis itu adalah Fatiya Latiff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI