fbpx

‘Dah penat, enam kali rumah naik air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hindon menolak motosikalnya daripada ditenggelami banjir kilat di rumahnya di Kampung Peroh, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang wanita warga emas menggagahkan diri menolak motosikalnya mengharung banjir kilat sedalam kira-kira semeter sejauh lebih 50 meter di Kampung Peroh di sini hari ini.

Hindon Ibrahim, 69, berkata, rumahnya dan lebih 10 jirannya yang lain ditenggelami banjir kilat pada puku 9.30 pagi.

“Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan air Sungai Hulu Belawan mula melimpah pagi tadi.

“Saya bergegas pulang ke rumah untuk menyelamatkan motosikal dimaklumkan kejadian banjir terbabit.

“Sebelum dihubungi jiran tentang banjir tersebut, saya baru setengah jam keluar rumah,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Peroh di sini hari ini.

Hindon berkata, rumahnya sudah enam kali dinaiki air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) sejak bulan Oktober lalu.

Nenek tujuh anak itu mengakui sudah lelah menghadapi bah dan berharap banjir kilat terbaharu ini surut segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI