fbpx

Beca langgar peraturan polis lalu di atas jambatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH beca bermotor melalui Jambatan Atal Setu di Mumbai, Sabtu lalu. - Foto X/@saravnan_rd

MUMBAI – Sekeping gambar menunjukkan sebuah beca bermotor melanggar peraturan Polis Trafik Mumbai kerana bergerak di atas Jambatan Atal Setu menjadi tular di media sosial India, lapor portal berita NDTV hari ini.

Gambar itu disiarkan di platform X oleh  netizen selepas jambatan itu dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, Jumaat lalu.

Beberapa jam selepas dibuka, sebuah beca roda tiga bermotor bergerak di atas jambatan sepanjang 21.8 kilometer itu walaupun ia dilarang menggunakannya.

Pada 11 Januari lalu, polis melarang motosikal, motosikal roda tiga, beca bermotor, traktor, kenderaan dipandu perlahan dan kenderaan membawa haiwan melalui jambatan tersebut.

Jambatan yang dibina dengan kos 182 bilion rupee (RM10.31 bilion)  itu menghubungkan Sewri di Mumbai dan Nhava Sheva di  Raigad. 

Seorang netizen mempertikaikan bagaimana beca bermotor boleh melalui jambatan tersebut sedangkan terdapat pondok tol di kedua-dua arah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI