fbpx

Amaran kenaikan paras air laut di empat negeri sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Payung yang dipegang seorang anggota APM diterbangkan angin kencang sewaktu melakukan pemantauan di Pantai Pulau Kekabu, Marang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut dijangka berlaku di beberapa perairan negara sehingga esok (Rabu).

MetMalaysia melalui kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, amaran tersebut melibatkan perairan di Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Ia adalah berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” jelas kenyataan itu hari ini.

Katanya, amaran angin kencang turut dijangka berlaku di kawasan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Jumaat ini yang boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut kategori kedua bagi aktiviti perkapalan iaitu angin berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak ombak melebihi 4.5 m dijangka di kawasan perairan timur Condore dan Reef North hingga 19 Januari ini (Jumaat).

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.

Manakala, amaran kategori pertama pula dengan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 m dijangka berlaku di kawasan perairan timur Samui, Tioman, Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” ujarnya.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berkelajuan 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, timur Condore, Bunguran, Reef North, Reef South dan Sulawesi sehingga pukul 6 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI