fbpx

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada terhadap empat negeri bermula hari ini.

Menurut MetMalaysia melalui satu kenyataan di Facebook, empat negeri yang terlibat ialah Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang terutamanya di Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, amaran sama juga dikeluarkan di Johor, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di kedua-dua negeri ini, hujan berterusan diramal berlaku selama tiga hari iaitu dari 18 Januari (Khamis) sehingga 20 Januari (Sabtu),” katanya.

Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Sarawak, terutamanya di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat).

“Hujan berterusan juga diramal di negeri Sabah meliputi kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Di Pahang dan Sabah, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan sehingga 17 Januari (Rabu),” ulasnya.

Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan.

Sementara itu, bagi keadaan cuaca pada petang ini MetMalaysia meramalkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dilanda hujan dan ribut petir sehingga pukul 4 petang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI