fbpx

30 rumah di Perlis turut alami ketukan misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Zalghafari menunjukkan tingkap biliknya yang diketuk secara misteri dalam kejadian di Kampung Baru Lubuk Machang, Chuping dekat Padang Besar, Jumaat lalu.

KANGAR – Ketukan misteri yang sebelum ini menghantui penduduk di beberapa kawasan di negeri Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan kini dikatakan turut berlaku di Perlis.

Kejadian tersebut turut tular di media sosial yang mendakwa ketukan misteri itu telah menular di kawasan Chuping dan Arau, dekat sini.

Menurut penduduk Kampung Baru Lubuk Machang di Chuping, Fatin Adilla Rosli, 31, dia terdengar bunyi itu di rumahnya kira-kira pukul 2.30 pagi, Jumaat lalu.

“Ia berlaku ketika saya pulang ke rumah selepas bertemu rakan dan sedang berehat bersama ibu di ruang tamu rumah, tiba-tiba saya terdengar ketukan kuat dari arah tingkap bilik sebanyak dua kali.

“Saya berasa takut dan enggan ambil risiko lalu membiarkan saja ketukan itu. Ia berlaku tidak lama, hanya dua minit,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohammad Zalghafari Mohd Zainuddin, 25, mendakwa, gangguan ketukan misteri itu berlaku di rumahnya keluarganya kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Saya baru sampai rumah kira-kira pukul 2 pagi, lalu terdengar ketukan kuat sebanyak tiga kali di tingkap bilik dan menyelak langsir kerana bimbang kehadiran pencuri.

“Bagaimanapun tiada kelibat sesiapa di sekitar rumah. Saya tidak berpuas hati lalu keluar memeriksa, namun tidak ada orang di luar rumah,” ujarnya.

Kedua-dua penduduk kampung itu juga turut dimaklumkan kira-kira 30 rumah lain turut menerima ketukan misteri itu antara pukul 2 hingga 4 pagi menerusi kumpulan WhatsApp komuniti setempat.

Penduduk setempat turut meminta bantuan polis meronda kawasan sekitar kerana bimbang kehadiran pencuri bagi mengelakkan kejadian curi dan sebagainya.

Ketukan misteri itu juga didakwa turut berlaku di Taman Intan, Arau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI