WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) membelanjakan AS$300 (RM1,395) sebulan untuk membeli bekalan lampin demi mengekalkan gaya hidup sebagai seorang bayi sepenuh masa.
Akhbar Mirror UK melaporkan, Paigey Miller akan memulakan rutin hariannya dengan bangun daripada tidur di atas katil bayinya.
Selepas menukar lampin, dia akan menghabiskan masa dengan bermain dan mencipta kandungan online untuk laman komuniti bayi dewasa dan pencinta lampin (ABDL) di rumahnya.
Paigey mula mengamalkan gaya hidup sebagai bayi pada 2018. Dia membelanjakan AS$300 sebulan untuk membeli lampin menggunakan dana yang dibiayai seramai 426 pelanggan di laman webnya.
“Saya suka menyimpan mainan dan rasa lebih muda, jadi keluarga dan rakan sudah menerima saya.
“Kami masih orang dewasa. Kami perlu melakukan perkara biasa seperti membayar bil, tetapi kami juga mempunyai tanggungjawab tambahan untuk mengekalkan gaya hidup (bayi) kami,”katanya. – AGENSI