fbpx

Wanita beri anak teman lelaki makan bateri, skru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Owens ditahan di penjara selepas dinafikan ikat jamin. - NBC News

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Seorang wanita di negeri Pennsylvania ditahan atas dakwaan membunuh anak perempuan teman lelakinya dengan memberi mangsa makan bateri, skru logam dan ‘baby crystal’.

Akhbar Huffpost melaporkan, Alesia Owens, 20, berdepan beberapa pertuduhan jenayah susulan kematian Iris Alfera pada Jun 2023.

Pendakwa raya, Michelle Henry berkata, suspek didapati mencari maklumat mengenai produk isi rumah yang boleh membahayakan kanak-kanak menerusi enjin carian di internet sebelum meracuni mangsa. 

Menurut pendakwaan, petugas kecemasan tiba di rumah bapa Iris di New Castle, timur laut Pittsburgh, pada 25 Jun 2023. Mereka mendapati kanak-kanak berusia 1 tahun itu tidak sedarkan diri.

Iris dibawa ke hospital berdekatan sebelum dihantar ke Hospital Kanak-kanak UPMC di Pittsburgh. Dia meninggal dunia di sana pada 29 Jun 2023.

Bedah siasat mendedahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ yang disebabkan oleh keracunan aseton.

Pegawai penyiasat Balai Polis New Castle mendapati Owens melakukan beberapa carian web dari Februari hingga Jun 2023 untuk mencari maklumat berkaitan tentang cara mematikan  kanak-kanak itu.

Antara frasa yang ditaip adalah ‘produk kecantikan beracun kepada kanak-kanak’ dan ‘ubat yang menyebabkan kematian akibat keracunan secara tidak sengaja pada kanak-kanak’.

Beberapa bulan sebelum kematiannya, kanak-kanak itu pernah dimasukkan ke hospital selepas makan berbilang objek berbahaya termasuk kira-kira 20 baby crystal, bateri dan skru logam.

Akhbar Tribune-Review melaporkan bahawa Owens kini ditahan di Penjara Daerah Owens selepas dinafikan ikat jamin. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI