fbpx

[VIDEO] Terpegun lihat busana bergemerlapan milik Dayang Anisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Mateen dan Dayang Anisha ketika menghadiri Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Brunei, malam tadi.

PETALING JAYA – Kecantikan isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, Dayang Anisha Rosnah mencuri perhatian orang ramai setelah tampil anggun berbusana serba putih.

Dayang Anisha Rosnah mengenakan gaun panjang bergemerlapan yang dipadankan pula dengan perhiasan seperti mahkota dan kalung berlian ketika menghadiri Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Brunei, malam tadi.

Ketampanan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen juga kekal terserlah apabila mengenakan pakaian rasmi kerabat diraja berwarna hitam.

Turut mencuri perhatian tetamu dan warga media sosial adalah ketibaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke majlis tersebut yang kelihatan bersahaja membawa Raja Isteri Pengiran Anak Saleha menaiki kereta jenis ‘buggy’ jenama Hammer.

Usai Majlis Persantapan Diraja, pasangan mempelai tersebut bakal menghadiri Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga yang dijadualkan berlangsung esok.

Untuk rekod, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.

Sebelum ini media melaporkan, Putera Mateen dan Dayang Anisha dikatakan mula rapat pada 2019 dan hubungan mereka dihidu orang ramai pada tahun lepas apabila mereka sering dilihat bersama.

Difahamkan, Dayang Anisha merupakan cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Pehin Datuk Isa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI