fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Nak ambil makanan pun kena tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memperlihatkan ribuan penduduk Gaza di Palestin melarikan diri selepas tentera Zionis Israel melepaskan tembakan ketika mereka mahu mendapatkan makanan.

PETALING JAYA – Ribuan penduduk Gaza bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila rejim Zionis Israel tergamak melepaskan tembakan sewaktu mereka beramai-ramai keluar mahu mendapatkan makanan.

Video memaparkan situasi tersebut tular di media sosial selepas seorang penduduk Gaza dikenali sebagai Noor Al-Shaghnobi berkongsi di Instagram mengenai keadaan yang berlaku ketika itu.

“Tentera penjajah melepaskan tembakan ke atas orang ramai yang cuba membawa makanan. Ada lima orang yang syahid disebabkan situasi terlalu sesak,” katanya pada hantaran video tersebut.

Noor turut meluahkan, tempoh 100 hari konflik menyebabkan penduduk Gaza di Palestin berdepan kebuluran selain hilang tempat tinggal.

“Penduduk sampai satu tahap terpaksa membahayakan diri untuk mendapatkan makanan. Kami sudah melebihi tahap yang tidak terdaya lagi, namun kami cuba untuk bertahan.

“Inilah yang tentera penjajah mahu. Mereka nak kami hilang harapan dan dihina,” katanya.

Hantaran itu kemudian menambah kemarahan penduduk dunia terhadap kekejaman yang dilakukan Israel sekali gus ada yang meminta supaya ia dijadikan sebagai bukti di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Mahkamah jenayah antarabangsa ada wujudkan portal kepada sesiapa sahaja untuk menghantar bukti jenayah perang Israel. Mari kita pastikan apa sahaja bukti yang ada melalui justiceforall.org/icc-submissions,” cadang seorang pengguna Instagram dikenali sebagai Zuko.

“Orang ramai kelaparan dan mereka tembak ke arah mereka yang meminta bantuan. Ini memang pembunuhan beramai-ramai,” komen Katrine Mcleod.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan, Israel didakwa di ICJ berikutan serangan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Palestin.

Dakwaan itu dibuat selepas Afrika Selatan mengemukakan rayuan segera kepada ICJ untuk memaksa Israel menggantung serta-merta operasi ketenteraannya di Gaza. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nooh AL-shaghnobi (@nooh.xp)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI