fbpx

Tengku Maimun, Azalina hadir Pembukaan Tahun Perundangan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Maimun ketika masuk ke dewan pada Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di PICC, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman hadir pada Pembukaan Tahun Perundangan 2024 di sini hari ini.

Seperti tahun lalu, majlis terulung perundangan tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam majlis hari ini, seramai 300 orang hadir terdiri daripada hakim, pegawai dan pengamal undang-undang.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk oleh hakim-hakim dengan Tengku Maimun yang juga hakim tertinggi paling akhir memasuki dewan.

Atucara majlis kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dipertua Badan Peguam Negara Malaysia (juga mewakili Pertubuhan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak), diikuti Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI