fbpx

Tambang bas sekolah naik: MOT terima cadangan kadar daripada persatuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASBI ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Litar Latihan dan Ujian Memandu Akademi JPJ Melaka di Tiang Dua, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menerima beberapa cadangan daripada persatuan bas sekolah dan operator berkaitan kadar kenaikan tambang bagi sesi persekolahan penggal baharu, Mac ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah berkata, setakat ini pihaknya bagaimanapun belum mengadakan perbincangan lanjut berkenaan isu tersebut dan masih mengkaji cadangan yang dikemukakan.

“Semua ini (kenaikan tambang) mestilah dikaji sebab semuanya mempunyai bab (peranan) terutamanya ibu bapa.

“Jadi kita belum keluarkan apa-apa keputusan tentang (kenaikan), cadangan itu macam-macam ada tapi ia masih dikaji lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Litar Latihan dan Ujian Memandu Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di Tiang Dua di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dijangka naik susulan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera yang didakwa meningkat sehingga 80 peratus.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat dilaporkan berkata, kenaikan tambang itu dijangka dibuat berdasarkan kawasan dan kos operasi memandangkan kerajaan tidak lagi mengawal kadar pengangkutan tersebut dan ia ditentukan mengikut pasaran sejak Januari 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI