fbpx

Rumah penduduk hangus dibakar lahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rumah yang terbakar akibat lahar gunung berapi. - Olafur Ragnar Grimsson

REYKJAVIK, ICELAND – Beberapa buah rumah di bandar Grindavik, Iceland hangus terbakar selepas dua rekahan  vulkanik meletus  awal semalam, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Gunung berapi yang terletak di Semenanjung  Reykjanes itu meletus dan memuntahkan lahar. Ia mengalir ke Grindavik yang merupakan sebuah  bandar nelayan.

Tembok untuk mencegah aliran lahar telah dibina pada Disember tahun lalu selepas letusan pertama berlaku, namun ada antaranya pecah.

Presiden Iceland, Gudni Johannesson dalam ucapan  yang disiarkan secara langsung petang semalam berkata, beliau berharap situasi akan kembali reda, namun mengakui bahawa  ‘apa sahaja boleh berlaku’, lapor agensi berita AFP.

Beberapa gegaran gempa bumi kuat tercetus pada sistem gunung berapi Svartsengi, pada Disember tahun lalu.

Dalam masa beberapa minggu sejak itu, tembok telah dibina di sekeliling gunung berapi berkenaan untuk mengalirkan lahar jauh dari Grindavik, yang menempatkan kira-kira 4,000 penduduk.

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) berkata, tembok itu bagaimanapun pecah di beberapa tempat, menyebabkan lahar sampai ke bandar tersebut yang kemudiannya membakar rumah dan bangunan.

Penduduk yang  kembali ke Grindavik selepas letusan pertama  terpaksa meninggalkan rumah mereka sekali lagi. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI