fbpx

Roboh Stadium Shah Alam tidak guna bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM- Kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam akan dilakukan secara manual dan bukannya menggunakan peledak bom.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut diambil kerana tidak mahu menganggu ketenteraman penduduk yang tinggal di Seksyen 13, di sini.

“Jadi, apabila buat perobohan secara manual terhadap Stadium Shah Alam dilakukan akan mengambil masa yang panjang sedikit.

Amirudin (tengah barisan lima) penjawat awam Selangor pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Besar Selangor di Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini. FOTO: SADDAM YUSOFF

“Pihak yang bertanggungjawab merobohkan stadium akan menggunakan jentera berkaitan bagi kerja tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Besar Selangor di Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik tarikh perobohan tersebut kerana kerajaan negeri sedang berbincang dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengalihkan sub stesen elektrik yang terletak berhampiran stadium.

Tegas beliau, pengalihan sub stesen itu harus dibuat supaya bekalan elektrik di Seksyen 13 tidak terputus.

“Saya difahamkan kerja mengalihkan sub stesen tersebut telah bermula. Tapi berapa lama masa kerja mengalihkan sub stesen selesai sepenuhnya, saya kena rujuk pihak berkaitan.

“Tapi sub stesen ini memang penting untuk mengalirkan bekalan elektrik kepada penduduk Seksyen 13,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI