fbpx

‘Percayalah bang, dia habiskan sisa makanan dengan perasaan remuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan seorang bapa bersama anaknya.

PETALING JAYA – Gurauan seorang bapa yang mengatakan ‘tiada duit dan perlu bayar makanan sendiri’ mengundang kesal apabila anak sulungnya berkecil hati.

Menerusi perkongsian Mr. Emcee di TikTok, dia mengakui insiden berkenaan masih terngiang-ngiang dan menerima bahawa ia adalah khilafnya.

Lebih menambahkan kesal, apabila anaknya itu hanya menghabiskan makanan adiknya sahaja tanpa memesan makanan yang lain untuk diri sendiri.

“Khilaf walid, masih terngiang-ngiang. Maafkan walid. Jatuh air mata walid bila anak sulung terkecil hati sebab walid bergurau kata makan bayar masing-masing.

“Akhirnya bila kat kedai, dia tak order makanan, habiskan nasi goreng adik ja. Walid janji tak akan cakap walid tak ada duit, walid sedih tengok anak sedih,” katanya.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang turut berkongsi kesan emosi akibat melalui insiden hampir sama.

Tangkap layar video lelaki berkenaan di TikTok.

“Aku paling pantang cakap hal duit walau bergurau, lagi-lagi dengan anak-anak. Sensitif tu sampai tulang hitam. Aku fobia sampai sekarang walau dah berpisah,” tulis seorang pengguna.

“Percayalah bang, dia habiskan sisa makanan tu dengan perasaan yang remuk dan kecewa. Saya pernah rasa, bila tengok video macam ni. Trauma tu datang,” ujar @adiksenyum.

“Saya baca ni, saya terus menangis. Saya anak sulung perempuan. Bila orang tua cakap yang menyakitkan atau mengungkit, saya memang simpan dalam hati,” kongsi @an.

@Asma Nordin menerusi ruangan komen pula, meminta agar lelaki berkenaan tidak lagi bergurau seperti itu kerana bimbang insiden berkenaan dipendam anaknya sehingga dewasa kelak.

“Tolong jangan bergurau macam ni lagi dengan anak sulung lepas ni. Tolong peluk dia. Anak sulung nampak kuat tapi hakikatnya dia rapuh, banyak yang terpendam,” pintanya.

Namun, lelaki berkenaan memaklumkan dia sudah meminta maaf dengan anaknya itu dan bertindak untuk berkongsi insiden berkenaan sebagai pengajaran untuk diri sendiri serta orang lain.

“Dah pesan (makanan) yang lain lepas tu. Betul tu, khilaf saya sebagai ayah bergurau tak kena tempat. Dah minta maaf dengan anak, lepas tu satu keluarga naik kereta dan nangis sama-sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI