fbpx

Pelari wanita buang air besar depan rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan dengan selamba membuang air besar di hadapan sebuah trak pikap. – Facebook

BANGKOK –   Seorang wanita di of Khon Kaen, rantau Isaan meminta penganjur sebuah acara larian maraton membayar pampasan  selepas seorang peserta  membuang air besar di hadapan rumahnya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Wanita dikenali sebagai Walaikorn, 47, itu  memuat naik rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di laman media sebagai bukti dakwaannya.

Dalam video tersebut, seorang peserta wanita dilihat berlari menjauhi kumpulan peserta lain menuju ke hadapan sebuah trak pikap.

Selepas memastikan tiada sesiapa di situ, pelaku terus ‘melepaskan hajatnya’ di hadapan rumah Walaikorn.

Menurut Walaikorn, wanita tersebut merupakan peserta Maraton Antarabangsa Khon Kaen 2024.

Katanya, dia sedia maklum bahawa peserta menggunakan jalan di hadapan rumahnya sebagai trek  larian itu setiap tahun.

“Apa yang dia lakukan amat menjijikkan,” katanya.

Tambahnya, peserta tersebut sepatutnya membuang air besar di stesen minyak dan bukannya di depan rumah penduduk.

Walaikorn mendesak agar pelaku tampil bertanggungjawab atas perbuataannya serta menambah, dia sudah melaporkan perkara itu kepada penganjur, namun tiada maklum balas diterima. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI