fbpx

Kerajaan perluas program pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bil. 1/2024 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi hari ini memutuskan supaya program pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia diperluaskan ke 10 lokaliti baharu membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kos RM4 juta itu adalah bagi menampung kos operasi program berkenaan di 10 lokaliti baharu itu

Beliau berkata, sebelum ini, sebanyak 32 lokaliti membabitkan tujuh negeri terbabit dalam program pelepasan nyamuk berkenaan sejak tahun 2019.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 19 lokaliti telah lengkap membabitkan operasi selama dua tahun enam minggu sebelum mendapati kes denggi turun kepada 45 peratus hingga 100 peratus berbanding sebelum pelepasan.

“Jawatankuasa juga mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilibatkan dengan dengan menjadikan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia sebagai Projek Angkat oleh PBT,” katanya menerusi kenyataan sejurus menyuarat jawatankuasa itu di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya belum mengenalpasti 10 lokaliti itu, namun ia mungkin membabitkan lokaliti di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Lokasi lokaliti itu belum diputuskan dan sedang dirunding bersama negeri berkaitan dan PBT yang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat pada hari ini turut memutuskan supaya usaha dipertingkatkan bagi aktiviti kawalan dan pencegahan denggi seperti semburan dan larvisiding (usaha membunuh jentik-jentik) melalui sumber penyumberluaran.

Jelasnya lagi, setiap ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri juga perlu dilibatkan dalam jawatankuasa kawalan dan pencegahan denggi peringkat negeri dan daerah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI