fbpx

Hujan lebat di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Menurut kenyataan jabatan tersebut di laman Facebook, amaran tersebut dikeluarkan bagi Kedah melibatkan daerah Kulim dan Bandar Baru.

“Selain itu, amaran tersebut turut melibatkan Pulang Pinang, Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut dan Kuantan) dan Selangor (Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat).

“Bagi Sarawak, antara kawasan yang terlibat ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah) dan Kapit (Song).

“Di Sabah pula, daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu) turut terbabit dengan amaran berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, amaran tersebut akan berkuat kuasa sehingga 6 petang nanti.

“Amaran sebegini akan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI