NAMPAK gah, namun siapa sangka pelakon Jason Mamoa kini tidak lagi memiliki rumah dan hanya menjalani kehidupan di jalanan.
Pelakon berusia 44 tahun itu mendedahkan perkara kehidupan peribadinya menerusi dokumentari berjudul, On The Roam yang bakal ditayangkan pada 18 Januari nanti menerusi saluran HBO Max.
“Sekarang saya tidak lagi memiliki kediaman. Saya tinggal di jalan raya,” katanya.
Ujar pelakon filem Aquaman itu lagi, dia berhasrat untuk berhijrah ke New Zealand dan menjalani kehidupan sebagai seniman jalanan di sana menerusi projek Minecraft.
“Di sana (New Zealand) terdapat sekumpulan seniman yang menjadikan bekas-bekas terbuang sebagai karya seni,” katanya.
Sebelum ini, Mamoa mengumumkan perceraiannya dengan isteri yang juga aktres, Lisa Bonet pada 2022 selepas 16 tahun hidup bersama.