fbpx

EPL: Aura kemenangan De Bruyne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE dimasukkan sebagai pemain gantian, namun berjaya meledak satu gol serta mencipta umpanan jaringan ketika City menewaskan Newcastle awal pagi semalam. - AFP

NEWCASTLE – Ketua pasukan Manchester City, Kevin De Bruyne memberikan mesej jelas mengenai kehadiran semulanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berehat untuk tempoh lima bulan akibat kecederaan.

Aksi menentang Newcastle United di St. James Park awal pagi semalam menyaksikan De Bruyne dimasukkan ketika perlawanan berbaki 21 minit, namun dia berjaya meledak jaringan dan mencipta satu umpanan gol untuk membantu kemenangan 2-1 City ke atas Newcastle.

Lebih manis, umpanan gol itu berjaya disambar oleh Oscar Bobb yang menjadi gol kemenangan skuad kendalian Pep Guardiola untuk mereka membawa pulang mata penuh serta melonjak ke kedudukan kedua EPL ketika ini.

“Saya rindukan suasana ini. Saya menikmati setiap detik peluang beraksi. Saya fikir ini semua kerana keinginan yang kuat walaupun sedar saya masih belum mampu bermain untuk tempoh 90 minit,” katanya.

Guardiola mengakui bahawa kemasukan De Bruyne pada aksi tersebut mengubah gaya permainan City serta membangkitkan semangat selepas mereka ketinggalan menerusi jaringan Alexander Isak dan Anthony Gordon biarpun mendahului perlawanan melalui Bernardo Silva.

“Cara kami bermain sama ketika dia tidak dapat beraksi, tetapi untuk memenangi perlawanan kami memerlukan pemain seperti Kevin.

“Selepas lapan tahun bersama, kami tahu apa yang perlu dilakukan dan saya lihat dia cukup istimewa terutama ketika berada di kawasan berhampiran kotak penalti lawan. Ia bukanlah mengenai taktikal, tetapi bakat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI