fbpx

Doktor pengsan ketika tiup udara dalam paru-paru pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yan berusaha meniup udara ke dalam paru-paru pesakit. - SCMP/CCTV

BEIJING – Seorang doktor di China pengsan ketika dia meniup udara ke dalam paru-paru seorang budak lelaki untuk memastikan paras oksigen dalam darah pesakit berkenaan seimbang semasa pembedahan.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, Zhong Yan ialah seorang pakar bedah berusia 64 tahun dan bekerja di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Jiaozuo, wilayah Henan.

Pada petang 24 Disember 2023, seorang anak kecil berumur 17 bulan dikejarkan ke hospital itu akibat tercekik kacang.

Doktor berjaya mengosongkan saluran pernafasan dan perutnya, namun semasa pemeriksaan pada hari berikutnya, mereka menemui beberapa kepingan kacang dalam paru-parunya.

Semasa pembedahan, Yan mendapati paras oksigen dalam darah budak lelaki itu terlalu rendah jadi dia menanggalkan pelitup muka dan mula meniup udara ke dalam paru-paru pesakit itu melalui bronkoskop.

Semasa pembedahan selama 30 minit, Yan bertukar posisi antara melakukan pembedahan dan meniup udara. 

Setelah prosedur itu hampir selesai, Yan memberitahu rakan sekerjanya: “Saya tidak boleh teruskan.”

Dia kemudian rebah ke atas lantai di bilik bedah. Dia sedar semula selepas rakan sekerjanya memberi sedikit cecair glukosa dan oksigen.

Pembedahan itu berjaya selepas Yan dan rakan sekerjanya mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 keping serpihan kacang cincang dari dalam  paru-paru budak lelaki itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI