fbpx

Ciuman bukti Dua Lipa, Turner dilamun cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI popular Dua Lipa kini dikatakan sedang hangat menjalin asmara dengan pelakon Callum Turner.

PENYANYI Dua Lipa dikhabarkan kini sedang menjalin hubungan istimewa bersama pelakon asal Britain, Callum Turner.

Khabar angin tersebut bertiup selepas mereka dilihat mesra ketika sama-sama hadir ke sebuah majlis tayangan perdana filem terbaharu arahan pengarah terkenal, Steven Spielberg iaitu Masters Of The Air.

Lebih mengukuhkan andaian tersebut apabila mereka dilihat saling bercumbuan ketika berada majlis yang turut dihadiri ramai selebriti terkenal itu.

Walaupun kedua-dua masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan, namun sumber terdekat pasangan itu mengesahkan bahawa mereka sememangnya sedang bercinta.

Sebelum ini, penyanyi berusia 28 tahun itu pernah menjalinkan hubungan dengan model yang juga adik kepada Gigi Hadid dan Bella Hadid iaitu Anwar Hadid.
Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada penghujung tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI