fbpx

3 kanak-kanak tunggang motosikal elektrik terpelanting atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dalam bulatan menunjukkan detik dua motosikal tersebut bertembung sebelum semua mangsa terpelanting atas jalan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik sebuah motosikal elektrik yang dinaiki tiga kanak-kanak bertembung dengan sebuah motosikal lain, menyebabkan mereka terpelanting di atas jalan, lapor portal berita Okezone semalam.

Kejadian berlaku di Bogor, wilayah Jawa Barat.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), dua kanak-kanak dan seorang budak yang lebih kecil dilihat menaiki kenderaan itu tanpa memakai topi keledar.

Motosikal dinaiki mereka secara tiba-tiba membelok ke arah kanan tanpa memastikan keaadan selamat terlebih dahulu.

Ia menyebabkan motosikal lain yang ditunggang seorang wanita merempuh motosikal kanak-kanak tersebut, menyebabkan mereka tercampak di atas jalan.

Dua daripada kanak-kanak itu segera  bangun selepas terjatuh, namun budak yang lebih kecil dihempap motosikal dinaikinya.

Orang ramai yang berada di tepi jalan bergegas membantu mangsa yang dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

“Sila berhati-hati menggunakan motosikal elektrik. Awasi kanak-kanak bawah umur yang menunggang motosikal elektrik,” kata keterangan video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Biar jadi pengajaran. Saya kerap  melihat kanak-kanak menunggang motosikal elektrik di atas jalan raya. Biar ia menjadi pengajaran kepada ibu bapa mereka agar tidak lagi membenarkan kanak-kanak menunggang motosikal elektrik,” kata seorang netizen.

“Ibu bapa perlu lebih memberi perhatian berhubung perkara ini. Saya sebagai pengguna jalan raya sering berasa terganggu dengan kanak-kanak yang menunggang motosikal elektrik secara melulu,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI