fbpx

273 sindiket tumpas, dadah bernilai RM704.09 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian dadah jenis syabu yang ditemui di hutan simpan persekutuan di Padang Besar, baru-baru ini.

KANGAR – Polis berjaya menumpaskan sebanyak 273 sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, berdasarkan laporan prestasi, JSJN juga memberkas seramai 908 ahli sindiket yang terlibat dengan jenayah itu.

“Dalam tempoh sama juga, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM704.09 juta sepanjang tahun lalu berbanding RM460.75 juta pada tahun 2022.

“Sepanjang tahun lalu, JSJN juga merampas 28,093 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis; daun ketum (104,261 kg); pelbagai cecair dadah (69,724 liter) dan 399,814 liter air ketum,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI