fbpx

Wow! Jam-jam tangan termahal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga daripada lima jam termahal dunia.

JAM merupakan aksesori pelengkap gaya paling popular di dunia yang dipakai oleh lelaki dan wanita.

Selain digunakan untuk melihat waktu, reka bentuk, jenis dan gaya yang berbeza menjadi aspek penting yang perlu dilihat sebelum membeli seutas jam tangan.

Jam juga merupakan antara aksesori bernilai tinggi dan status seseorang itu boleh ditentukan dengan hanya melihat jenis atau jenama jam dipakai.

Oleh itu, minggu ini Panorama menyenaraikan lima jam termahal di dunia.

1. Graff Diamonds, The Hallucination – AS$55 juta (RM255 juta)

Graff Diamonds The Hallucination

Jam tangan The Hallucination daripada jenama Graff Diamonds diperbuat daripada berlian 110 karat pelbagai warna.
Berlian-berlian bernilai itu juga dipotong dalam pelbagai bentuk dan disusun menyerupai seutas jam tangan mewah.
Biarpun muka jam tersebut sangat kecil, namun ia mampu bertahan lama dan boleh menjadi satu aksesori buat mereka yang sukakan perhatian.
Pengerusi syarikat Graff Diamonds, Laurence Graff memilih berlian terbaik dan paling cantik di dunia untuk buat jam tangan tersebut, sekali gus menjadikannya cukup istimewa.

2. Graff Diamonds, The Fascination – AS$40 juta (RM185 juta)

Graff Diamonds The Fascination merupakan jam tangan kedua termahal di dunia.

Satu lagi jam tangan paling mahal di dunia keluaran Graff Diamonds adalah The Fascination.
Jam tersebut dihasilkan daripada berlian potongan buah pir 38 karat.
Menariknya, muka jam itu boleh ditanggalkan dan bahagian tersebut kemudiannya digantikan dengan berlian 152.96 karat, lalu digayakan sebagai cincin.

3. Patek Philippe Grandmaster Chime – AS$31 (RM144 juta)

Patek Philippe Grandmaster Chime yang segak.

Jam tangan jenama mewah, Patek Philippe The Grandmaster Chime merupakan yang ketiga termahal di dunia.
Berharga RM144 juta, ia merupakan jam tangan paling rumit pernah dihasilkan Patek Philippe. Ia mempunyai dua dail iaitu di bahagian depan dan belakang.
Jam itu menggunakan kemasan emas putih pada permukaannya, manakala bahagian talinya pula diperbuat daripada kulit buaya berwarna biru.

4. Breguet Grande Complication Marie Antoinette – AS$30 juta (RM139 juta)

BREGUET Grande Complication Marie Antoinette terkenal sejak pemerintahan Marie Antoinette.

Jam tangan Breguet sememangnya cukup terkenal sejak daripada zaman pemerintahan Permaisuri terakhir Perancis, Marie Antoinette.
Pada 1793, jam tersebut dikatakan telah dikomisienkan untuk Permaisuri Marie Antoinette oleh seorang peminat misteri.
Jam tangan tersebut mengambil masa selama 44 tahun untuk disiapkan. Ia merupakan jam tangan yang dibuat khusus buat kerabat diraja.

5. Jaeger LeCoultre Joaillerie 101 Manchette – AS$26 juta (RM120 juta)

JAEGER LeCoultre Joail- lerie 101 Machette bernilai RM120 juta.

Satu lagi jam tangan paling mahal yang sesuai untuk seorang ratu adalah Jaeger-LeCoultre Joaillerie 101 Manchette daripada jenama pembuat jam 101 Calibre Collection.
Jam unik itu menggabungkan barangan kemas berkualiti tinggi dengan enjin mekanikal terkecil di dunia.
Mendiang Ratu Elizabeth II memakai jam tangan tersebut bagi meraikan ulang tahun beliau menaiki takhta yang ke-60.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI