fbpx

[VIDEO] 10 sepupu suami Nurul Ain syahid di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Nurul Ain di TikTok miliknya.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia yang pernah terkandas di Gaza, Nurul Ain Haron memaklumkan, 10 sepupu suaminya di Khan Yunis, Gaza, maut selepas kediaman mereka musnah terkena serangan bom tentera Zionis.

Menerusi video di TikTok, Nurul Ain berkongsi suasana hiba ketika suaminya menerima khabar duka tersebut melalui pesanan WhatsApp.

“Dapat perkhabaran 10 sepupu suami saya syahid. Ya Allah, kurniakan kami sabar yang tinggi. Insya-Allah, jannah ya Allah.

“Orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati tetapi mereka tetap hidup di sisi tuhan mereka,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Bagi meneruskan usaha membantu warga Palestin, Nurul Ain menulis sebuah buku berjudul Nurul Ain Gaza dan hasil jualan akan disalurkan kepada penduduk di sana.

“Mungkin orang tidak tahu saya masih menyalurkan bantuan. Mungkin juga ada ramai lagi yang membantu rakyat di Gaza selain saya. Itu juga salah satu sebab saya terbitkan buku.

“Sebahagian dari pembelian buku, saya salurkan ke Gaza. Teruskan berkongsi rezeki bersama mereka di Gaza, terus mendoakan mereka,” jelasnya.

Konflik antara Palestin dan Israel kini memasuki bulan keempat, menunjukkan peningkatan ketegangan sejak bermulanya pada 7 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

@adan2021 Dapat pekhabaran 10 cousin suami saya syahid, ya Allah!!! ya Allah!!! kurniakan kami sabar yang tinggi ya Allah… InsyaAllah JANNAH!! JANNAH YA ALLAH!!! قال تعالى: {وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ} ؛ بلغنا باستشهاد؛ ابن العم:ادهم احمد خميس شعت العم : ناظم خميس خليل شعت ابن العمة :سمير ناهض وجيه شعت ابن العم :كنعان نظمي شعت ابن العم: جعفر ناظم شعت ابن العم: احمد رفعت شعت ابن العم: جمعة زكريا شعت الجار:محمد علي عثمان عاشور وشهيد مجهول الهوية اللهم آجرني في مصيبتي، وأخلف لي خيرًا منها !!!!حسبنا الله ونعم الوكيل #fyp #GazaUnderAttack #palestinemalaysia #freepalestine🇵🇸❤️ #SaveGaza #peacenowar ♬ original sound – Nurul Ain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI