fbpx

Saya tidak pernah berasa bangga seperti hari ini – Presiden Afrika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramaphosa bercakap semasa sidang akhbar di Luthuli House di Johannesburg pada 18 Disember 2023. - AFP

CAPE TOWN – Presiden Cyril Ramaphosa meluahkan rasa bangga selepas Afrika Selatan berjaya mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan melakukan penghapusan etnik (genosid) di Semenanjung Gaza, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

Dalam ucapannya di hadapan Liga Wanita parti pemerintah, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Ramaphosa berkata, matlamat negaranya memfailkan kes di ICJ adalah untuk menghentikan genosid di Semenanjung Gaza.

“Saya tidak pernah berasa bangga seperti yang dirasakan hari ini apabila pasukan undang-undang kami berhujah mengenai kes tersebut di The Hague.

“Apabila peguam kami mempertahankan kes di The Hague dan apabila saya melihat Ronald Lamola (Menteri Kehakiman dan Perkhidmatan Pemulihan Afrika Selatan) membentangkan kes di ICJ, saya tidak pernah berasa bangga seperti hari ini,” katanya.

Ramaphosa turut mengulas mengenai kesan yang dikatakan akan dihadapi selepas negara itu mengemukakan kes tersebut di ICJ.

“Sesetengah orang mengatakan bahawa langkah yang kami ambil adalah berisiko. Kami adalah negara kecil dan kami mempunyai ekonomi kecil.

“Mereka boleh menyerang kami, tetapi kami akan tetap dengan prinsip kami. Seperti yang diajarkan oleh bapa demokrasi Afrika Selatan, kami tidak akan benar-benar bebas sehingga rakyat Palestin bebas,” tegasnya.

ICJ mendengar hujah Afrika Selatan pada Khamis lalu dan respons Israel kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI