fbpx

Piala Asia: Samurai Biru tagih magis Kubo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUBO merekodkan prestasi cemerlang di peringkat kelab dengan enam gol bersama Sociedad musim ini. – AFP

DOHA – Bintang Real Sociedad, Takefusa Kubo menjadi sandaran utama Jepun dalam misi me­rampas kejuaraan Piala Asia kali ini menjelang aksi pertama Kumpulan D menentang Vietnam di Stadium Al Thumama malam ini.

Kubo, 22, ketika ini dilihat sudah mencapai potensi sebenarnya apabila berjaya meledak enam gol dalam kempen La Liga selain turut membantu Sociedad mengungguli carta Liga Juara-Juara.

Kecemerlangan ditampilkan bekas produk Akademi Barcelona yang pernah dibeli Real Madrid lima tahun lalu itu kini menyaksikan namanya terus ­dikaitkan dengan gergasi-gergasi Eropah lain seperti Manchester United.

Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu mengharapkan pemain sayap lincah itu dapat menjadi ayam tambatan buat skuad Sa­murai Biru yang berkemungkinan turun tanpa khidmat bintang Brighton, Kaoru Mitoma kerana masalah kecederaan.

“Saya berharap dia dapat menjadi pemain yang mengemudi pasukan ini meraih kejayaan. Pengalamannya sudah luas ke­rana bermain untuk Real Sociedad dalam saingan La Liga dan juga Liga Juara-Juara.

“Sociedad mencipta corak permainan yang sesuai de­ngannya. Jadi saya harap dia dapat lakukan perkara yang sama buat Jepun,” kata Moriyasu.

Bekas juara empat kali itu masih memiliki ramai pemain berpengaruh seperti bintang Li­verpool, Wataru Endo, Takehiro Tomiyasu (Arsenal), Takumi Minamino (AS Monaco), Ritsu Doan (SC Freiburg) dan ramai lagi.

Secara keseluruhan, Jepun membariskan 20 pemain yang berpangkalan di Eropah, lima dari Liga Jepun dan hanya seorang bermain di Qatar bersama Al-Rayyan iaitu Shogo Taniguchi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI