fbpx

PBAPP masih usaha tangani kebocoran paip dasar Sungai Perai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) masih berusaha untuk menangani kebocoran saluran paip bawah air di Sungai Perai dengan memasang paip baharu sebagai langkah sementara.

Kon Yeow berkata, pada masa ini rakyat negeri ini juga bersedia untuk menyambut sambutan Hari Ponggal esok dan Thaipusam serta Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

”Kami berharap penyambungan semula air ini di tengah-tengah krisis yang baru kami lalui ini (kebocoran paip bawah air Sungai Perai) tidak akan melemahkan semangat rakyat Pulau Pinang,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini bermula Rabu lalu, sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, PBAPP juga telah berjaya menyalurkan semula bekalan air kepada semua 590,000 pengguna dipulihkan dengan lebih awal iaitu pada pukul 4.12 pagi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI