fbpx

‘Mereka yang suka cakap kerajaan akan tumbang, ada rabun politik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika berucap pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Pembukaan Bahagian Baharu (Orchid Wing) OasisEye Specialists di Nexus, Bangsar, hari ini. Foto FIRDAUS JOHARI KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan individu yang memperlekehkan kekuatan Kerajaan Perpaduan selain sering menantikan kejatuhan barisan pimpinan kerajaan sedia ada, sebagai golongan rabun politik.

Katanya, dakwaan Kerajaan Perpaduan akan jatuh telah timbul sejak setahun yang lalu, namun sehingga hari ini barisan jemaah menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih relevan dan dipercayai masyarakat.

“Saya ada baca satu hantaran di sosial media, rangkuman dari seawal Disember 2022, ada kumpulan yang daripada Disember, tiap-tiap bulan kata bulan ini (kerajaan) akan tumbang.

“Bulan depan, minggu depan akan tumbang, Tahun Baharu Cina akan tumbang, hari raya akan tumbang, bulan lapan, bulan 12 akan tumbang.

“Kepada mereka yang selalu bercakap tentang perkara ini, saya nampak mereka mungkin rabun politik. Jadi, saya menggesa mereka untuk buat pemeriksaan mata dan kena bersihkan ‘katarak politik’,” selorohnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap pada sidang akhbar, selepas merasmikan majlis Pembukaan Bahagian Baharu (Orchid Wing) OasisEye Specialists di Nexus, di sini hari ini.

Dalam masa sama, Fahmi turut memaklumkan bahawa sebelum ini Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa parti itu akan terus kekal menyokong Kerajaan Perpaduan termasuk Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

“Kepada mereka yang cuba mengapi-apikan sentimen, pihak berkuasa sedang menyiasat, dan sekiranya berlaku apa-apa pelanggaran undang-undang, maka mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI