fbpx

Konflik Palestin-Israel: Perang memasuki hari ke-100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dan isterinya menangis sambil memeluk jenazah anak mereka yang terbunuh dalam pengeboman askar Israel di Khan Yunis pada 19 November 2023.- AFP

BANDAR GAZA – Perang antara Israel dengan Hamas memasuki hari ke-100 hari ini ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar akan terus memusnahkan kumpulan pejuang Palestin itu.

Konflik tersebut telah mencetuskan krisis kemanusiaan yang dahsyat dengan lebih 23,000 orang terbunuh di Gaza serta turut memusanahkan sebahagian besar wilayah Palestin tersebut.

Perang itu bermula 7 Oktober lalu apabila Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel sebelum askar Rejim Zionis menyerang Gaza secara berterusan.

Selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang berpangkalan di The Hague, Belanda mendengar hujah-hujah minggu ini yang menuduh Israel melanggar Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Netanyahu menegaskan tiada mahkamah atau musuh boleh menghalang Israel daripada mencapai matlamatnya untuk memusnahkan Hamas.

“Tiada siapa yang akan menghalang kami, bukan The Hague, ‘Axis of Evil’ atau sesiapa sahaja,” katanya semalam, yang merujuk kepada ‘paksi penentang’ dari Lebanon, Syria, Iraq dan Yemen.

Netanyahu dalam masa sama berada di bawah tekanan domestik yang semakin meningkat untuk membawa pulang tebusan yang kini telah ditahan di Gaza selama 100 hari.

Beribu-ribu orang berhimpun di Tel Aviv semalam untuk menggesa pembebasan mereka serta mendesak Netanyahu meletak jawatan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI