fbpx

Kerani kejar komisen rugi RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MIRI – Seorang kerani syarikat swasta, di sini rugi RM60,000 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata, wanita tempatan berumur 40-an itu berputih mata selepas tertarik dengan tawaran kerja dari aplikasi ‘Asia Shopping’ yang menjanjikan komisen.

Jelasnya lanjut, mangsa perlu melakukan tugasan seperti pembeli dan menjual barangan yang tidak wujud sebagai peniaga dalam aplikasi tersebut yang diberikan oleh suspek bagi mendapatkan komisen.

“Setelah itu, mangsa telah membuat pengeluaran hasil komisen sebanyak RM5,000 dan baki wang komisen tidak dapat dikeluarkan atas alasan tidak mengikuti arahan khidmat pelanggan mereka.

“Mangsa telah membuat 11 kali transaksi ke akaun bank pihak ketiga yang diberikan suspek sehingga berjumlah RM60,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata mangsa hanya menyedari tertipu apabila komisen yang dijanjikan masih belum diperolehi dan tampil membuat laporan polis, kelmarin.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI