fbpx

Kelemahan peribadi, tamak punca anggota terpalit jenayah – Allaudeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen pada sidang akhbar selepas melakukan sesi walkabout bersama Ketua Polis Kuala Lumpur di Jalan Haji Taib, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menegaskan sikap tamak dan mengikut kehendak diri antara sebab masih berlakunya kes jenayah dalam kalangan anggota pasukan itu.

Jelas beliau, tindakan tegas dan tanpa konpromi akan diambil terhadap mereka yang terpalit mengikut undang-undang yang terpakai tanpa tolak ansur.

“Saya tak setuju jika dikatakan ramai anggota polis terbabit salah laku, 10 anggota yang melakukan kesalahan berbanding 10,000 yang berada di Kuala Lumpur, angka itu menunjukkan kurang daripada satu peratus yang bermasalah.

“Penyeliaan anggota ada main peranan tetapi punca utamanya (salah laku) ialah kelemahan peribadi, ingin hidup mewah dan tamak. Ini perkara yang kita sedang tangani.

“Mereka yang terbabit perlu lepaskan daripada pasukan ini, dan masyarakat pula perlu menghargai baki mereka yang bekerja keras menjaga keharmonian masyarakat,” katanya selepas sesi walkabout bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai enam anggota yang terlibat memproses dan mengedar ketum, Allaudeen memaklumkan tindakan tahan sudah dilakukan sehingga siasatan selesai.

“Empat daripada mereka sudah ditahan kerja, kita sedang tunggu laporan kimia, jika positif kita akan hantar kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk pertuduhan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Allaudeen memaklumkan kes empat anggota yang disyaki melakukan pemerasan di hadapan pangsapuri di Kepong, 4 Januari lalu juga turut diambil tindakan tahan kerja.

“Kes ini kita telah selesai siasatan dan mereka akan dituduh dalam masa terdekat, saya ulang sekali lagi yang pihak polis tidak akan kompromi dengan salah laku anggota,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI