fbpx

Kalau betul Fatiya Latiff sakit, kita tolong dia berubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatiya bertindak luar kawalan sejak akhir-akhir ini sekali gus menimbulkan rasa bimbang kepada orang sekeliling.

IBARAT sebuah drama telenovela, setiap hari ada saja plot serta watak baharu muncul dalam kemelut dicetuskan aktres sensasi, Fatiya Latiff yang bermula dengan episod dirinya menyamakan wajah pelakon, Zahirah Macwilson dengan bibik atau pembantu rumah.

Frasa yang membuatkan satu Malaysia tersentak itu mendorong netizen serta tidak terkecuali penggiat seni sendiri menggali atas sebab apa Fatiya berperangai sedemikian sejak akhir-akhir ini.

Tambahan pula, Fatiya yang cukup dikenali menerusi drama Ariana Rose suatu ketika dahulu membuat serangan bertalu-talu yang turut dilayangkan kepada bekas teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza yang kini berbahagia di samping isteri tersayang, Zahirah.

Tidak ‘move on’

Didakwa masih ‘terpenjara’ dengan kisah lama, Fatiya pantas menangkis tanggapan ramai termasuk yang mengatakan dirinya mengalami masalah mental.

Katanya, pendedahan dibuat bukan satu provokasi, selain tiada niat mengganggu keharmonian rumah tangga pasangan Zahirah dan Aiman.

Fatiya atau nama sebenarnya, Nur Fatiya Abdul Latiff, 37, bagaimanapun berkata, dia berhak memuat naik sebarang foto mahupun perkara berkaitan bekas kekasihnya itu.

FATIYA dikatakan berdepan dengan masalah kesihatan mental yang semakin memburuk terutama selepas mencetuskan provokasi terhadap beberapa rakan dalam industri seni tanah air. – INSTAGRAM.

“Menghancurkan rumah tangga orang? Macam mana awak tahu saya lakukan provokasi?

“Dia seorang selebriti dan saya boleh muat naik apa sahaja yang saya suka.

“Jadi, mengapa saya tidak boleh guna foto dia yang sudah tersebar di seluruh dunia,” katanya ketika diwawancara penyanyi Caprice dalam siaran audio siar (podcast).

Sebelum itu, aktres Zarina Anjoulie atau Anju menjadi rakan artis pertama membuka mulut mempersoalkan di mana rasional ejekan Fatiya terhadap Zahirah yang kini sedang hamil anak kedua.

Dia juga menyifatkan Fatiya sebagai individu busuk hati yang mengakibatkan wanita berkenaan bertindak membongkar kisah lampaunya termasuk dakwaan melakukan ‘sesuatu’ dengan penyanyi Ismail Izzani.

Enggan memanjangkan isu, ibu tunggal anak satu itu mengangkat bendera putih sekali gus dan tidak lagi mahu melayani kerenah pelik Fatiya.

Tidak terhenti di situ, tunang Anju iaitu Datuk Khazrul mengingatkan cinta hatinya menghentikan perbalahan dengan figura yang dianggap sebagai ‘budak senget’ atau mental.

Bukan mental

Begitupun, sedari awal Fatiya menegaskan dia tidak menghidap sebarang masalah psikiatrik seperti didakwa segelintir pihak.

“Saya tidak mental. Kalau sakit mental, saya sepatutnya sudah berada di Hospital Tanjung Rambutan, Perak tetapi saya masih di sini.

Namun, melihat satu per satu hantaran dan video dikongsi kepada umum, rata-rata netizen meminta keluarga atau kenalan rapat membawanya mendapatkan rawatan sewajarnya untuk Fatiya.

Malah, ada dalam kalangan pemerhati industri hiburan turut meminta semua pihak jangan mencurah minyak ke dalam api dan membuatkan Fatiya bertindak lebih ‘agresif’ tanpa kawalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI